JKKN dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini pada hari ini dan esok bermula dari pukul 8.30 malam.

"Tiket-tiket berharga RM50 ditawarkan untuk tempat duduk kenamaan (VIP) dan RM20 (biasa) selain diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya.

"Tiket boleh didapati dengan menghubungi Boon Yik di talian 012-927 3936 dan JKKN (03-2614 8260/8261)," katanya.

JKKN berkata, program dengan kerjasama Matic itu bakal mengetengahkan keindahan Enchanting Night yang ditampilkan oleh Kumpulan WAU Ensemble dengan gemersik alunan Guzheng, Pipa, Dizi, Yangqin, Erhu dan Zhongruan. - UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/jkkn-matic-anjur-ensembel-muzik-tradisional-cina-1.948263